KUALA LUMPUR 24 Jul. – Negara ini memerlukan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk membendung aktiviti yang boleh menggugat keamanan dan keselamatan rakyat. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, langkah kerajaan untuk memansuhkan akta itu hanya akan membuka ruang kepada lebih banyak provokasi terhadap isu-isu sensitif, jenayah terancang, penyeludupan manusia dan kes yang berkaitan dengan keganasan. Katanya, ini disebabkan tidak ada akta yang lebih sesuai…










