MISI skuad negara pada kejohanan badminton Terbuka Singapura diteruskan selepas beregu campuran No.1 negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir hari ini. Soon Huat-Shevon yang juga pilihan kedua kejohanan berjaya mengetepikan cabaran gandingan Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari apabila menang 21-17, 21-13 di pentas suku akhir semalam. Meskipun berdepan tentangan sengit pada set pertama, namun beregu yang berada pada ranking kelapan dunia itu menampilkan aksi berbeza…










