Soon Huat-Shevon juara terbuka Singapura - Utusan Malaysia

Soon Huat-Shevon juara terbuka Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Julai – Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai melakar kejutan dengan menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir dalam aksi final untuk muncul juara Terbuka Singapura, sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Tertutup Singapura, Soon Huat-Shevon yang tampil sebagai pilihan kedua kejohanan, nyata tidak gentar dengan reputasi dimiliki lawan mereka apabila melakar kemenangan 21-19, 21-18 dalam tempoh 36 minit.

Kejayaan itu merupakan gelaran kedua buat Soon Huat-Shevon selepas menjuarai Terbuka Jerman, Mac lalu sekali gus bakal menyuntik semangat buat pasangan nombor lapan dunia itu yang akan beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China dari 30 Julai hingga 5 Ogos ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN