SAUDARA PENGARANG, SAYA menyokong penuh keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menghentikan penganjuran bazar Ramadan dan Deepavali di kawasan Masjid India dan Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mulai tahun depan.
Walaupun menerima banyak bantahan peniaga mahupun orang ramai, tindakan ini amat wajar memandangkan tradisi penganjuran bazar ini sudah lari dari tujuan asal.
Dahulu barang yang dijual murah dan memenuhi kehendak mereka yang menyambut perayaan tetapi sekarang kawasan bazar bukan sahaja dimonopoli warga asing malah barang yang dijual mahal dan kadangkala tidak berkaitan dengan perayaan tersebut.
Lebih menyakitkan hati, bazar yang sesak itu hanya menjadi tempat ‘mencuci mata’ kerana harga barang mahal dan akhirnya hanya mengundang kesesakan jalan raya.
ABDUL HALIM SAAD
Hospital Kuala Lumpur











