KUALA LANGAT 4 Julai – Satu sindiket curi kabel milik syarikat telekomunikasi Telekom Malaysia (TM) di daerah ini tumpas selepas tertangkapnya empat lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di ladang dusun durian dekat Morib, di sini kelmarin. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman berkata, empat lelaki warga tempatan berumur antara 17 hingga 43 tahun itu ditahan hasil maklumat dan risikan pihak polis. Menurutnya, kejayaan itu sekaligus berjaya menyelesaikan…









