Sidang pertama Parlimen ke-14 - Utusan Malaysia

Sidang pertama Parlimen ke-14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Persekitaran Taman Botani Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu bergegar dengan tembakan meriam sebanyak 21 kali yang dilepaskan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada pasukan Bateri Ke-41 Rejimen Artileri Diraja Kem Sungai Buloh, Selangor.

Itu bukanlah latihan medan untuk anggota ATM tetapi ia menandakan ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 selepas sehari kesemua 222 ahli Parlimen selesai mengangkat sumpah.

Sejarah baharu negara mula terpahat berikutan kerusi kerajaan telah dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 lalu. Sebelum ini Barisan Nasional (BN)telah memerintah selama 61 tahun dengan parti politik seperti Pas, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP bertindak sebagai pembangkang.

Penggal pertama sidang dewan ini juga menyaksikan banyak muka baharu menjadi Ahli Parlimen selain dua anak muda yang iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman dan P. Prabakaran mewakili Parlimen Batu turut mewarnai persada politik baharu tanah air.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN