Sidang Dewan Rakyat kecoh - Utusan Malaysia

Sidang Dewan Rakyat kecoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Angkat Sumpah 220 Ahli Parlimen bagi Mesyuarat Penggal Pertama Parlimen ke-14 di bangunan Parlimen di sini semalam bermula dengan kekecohan selama 10 minit berhubung isu pencalonan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Majlis angkat sumpah kali ini buat pertama kali menyaksikan Barisan Nasional (BN) menjadi pembangkang di Dewan Rak­yat dalam tempoh 60 tahun selepas kalah pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lalu.

Kekecohan bermula apabila Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah memulakan urusan untuk mencalonkan hanya satu nama untuk jawatan berkenaan iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Rosmee menyatakan nama itu dicalonkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui sepucuk surat yang bertarikh 2 Julai lalu.

Bagaimanapun, Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) bangun untuk menyatakan protes berhubung prosedur pencalonan dengan merujuk kepada ‘Point of Order’.

Takiyuddin berkata, Perdana Menteri tidak mematuhi syarat kerana tidak mengusulkan nama calon Yang Dipertua dalam tempoh 14 hari sebelum Sidang Dewan Rakyat bermula.

Keadaan dewan kemudian bertukar menjadi riuh dengan suara bantahan ahli Parlimen pembangkang lain antaranya Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang melaungkan: “Tipu, tipu”.

Seorang lagi anggota pembangkang, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) turut melaungkan: “Malaysia baharu tapi hari pertama sudah menipu.”

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN