SUBANG JAYA – Siasatan ke atas kes kematian mendiang Teoh Beng Hock dibuka semula selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima arahan untuk berbuat demikian dari Pejabat Peguam Negara. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya telah menerima arahan tersebut pada Selasa lalu. “Kami perlukan masa untuk menyelesaikannya namun kertas siasatan kes tersebut akan tetap dilengkapkan berdasarkan arahan yang diterima. “Sebaik selesai, kertas siasatan berkenaan akan diserahkan kepada pihak Pejabat Peguam Negara untuk arahan dan tindakan seterusnya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kenderaan Polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya