KEMAMAN 8 Julai – Operasi pemadaman kebakaran tiga buah tangki menyimpan minyak mentah milik kilang penapisan Kemaman Bitumen Company (KBC) di kawasan perindutrian Telok Kalong di sini telah ditamatkan sepenuhnya tengah hari tadi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri , Sharikan Bustaman berkata, operasi itu ditutup selepas mendapati tiada lagi punca-punca yang boleh mencetuskan kebakaran manakala proses penyejukan tangki yang berdekatan sudah menunjukkan penurunan suhu ke tahap normal. Menurutnya,…










