KUCHING 14 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dakwaan terdapat pemborong mengekalkan harga barangan meskipun kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sudah dimansuhkan sejak 1 Jun lalu. Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut termasuk menggunakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Pegawai kami akan turun ke bawah menyemak sama ada siapa yang mengekalkan harga secara…










