Siapa Yang Dipertua Dewan Rakyat? - Utusan Malaysia

Siapa Yang Dipertua Dewan Rakyat?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Spekulasi mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat turut menjadi tanda tanya dalam kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, nama calon Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dise­rahkan pada 2 Julai lalu sebagai mematuhi peraturan Parlimen.

Jelasnya, mengikut peraturan tersebut nama calon Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu diserahkan 14 hari sebelum persidangan Parlimen pertama.

“Beberapa pihak membuat dakwaan tidak berasas untuk mengelirukan masyarakat mengenai keperluan menye­rahkan nama calon pada 14 hari sebelum sidang Parlimen bermula.

“Tiada pelanggaran undang-undang seperti yang didakwa,” katanya yang dipetik melalui portal Malaysiakini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, PKR telah mengadakan perjumpaan pada 8 Julai lalu bagi membincangan me­ngenai calon Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Kita ada mesyuarat hari itu dan adakan perjumpaan antara (parti-parti komponen) Pakatan Harapan di peringkat tertinggi kerana diperlukan nama cadangan untuk jawatan Speaker sebelum pembukaan Parlimen dalam masa seminggu lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN