LIVERPOOL 14 Julai – Kemasukan Xherdan Shaqiri dalam barisan bintang Liverpool memberi lebih banyak pilihan kepada pengurus pasukan, Jurgen Klopp untuk mengatur strategi pada musim baharu. Penyerang Switzerland itu menandatangani kontrak lima tahun bersama Reds semalam dengan yuran perpindahan 13 juta pound (RM70 juta) dari Stoke City. Shaqiri, 26, merupakan penyaring terbanyak Stoke musim lalu dengan lapan gol, namun pasukannya tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan. Dia menyertai Stoke dari…










