Shamsul Iskandar kekal 'Status Quo' - Utusan Malaysia

Shamsul Iskandar kekal ‘Status Quo’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 15 April – Shamsul Iskandar Md. Akin akan mengekalkan ‘Status Quo’ kerusi Naib Presiden menjelang Kongres Nasional PKR yang bakal berlangsung akhir Ogos depan.

Menurut beliau, sekalipun parti itu mengamalkan dasar terbuka namun, muafakat kepemimpinan akan dijaga dengan baik.

“Kita ada melakukan perjumpaan bersama akar umbi, ada permintaan untuk saya bertanding (jawatan lebih tinggi) namun, saya mengambil sikap dengan ‘Status Quo’ sekarang.

“Perkembangan positif juga dapat dilihat apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bertanding sebagai Presiden PKR hari ini.

“Sekalipun, ada desas-desus ataupun propaganda luar yang mengatakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan mencabar kerusi Presiden, namun, muafakat kepemimpinan lebih dijaga kerana kita antara individu terawal yang terlibat dalam penubuhan parti,” katanya di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir dan Pengarah Komunikasi Strategik PKR negeri, Sukirman Mustapa.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar yang juga Timbalan Menteri Industri Utama berkata, hanya seorang calon sahaja diletakkan dalam pertandingan satu lawan satu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis kelak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN