Serena gagal cipta sejarah - Utusan Malaysia

Serena gagal cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 15 Julai – Serena Williams gagal menjadi pemain pertama yang baharu bergelar ibu untuk menjuarai Wimbledon dalam tempoh 38 tahun selepas tewas di final kepada Angelique Kerber di sini hari ini.

Pemain Amerika Syarikat (AS) berusia 36 tahun itu tunduk mudah 3-6, 3-6 di tangan lawannya dari Jerman selepas berhempas pulas dan bergelut untuk kembali cergas seperti dahulu.

Serena yang melahirkan anak pertamanya, Olympia pada September tahun lalu bagaimanapun berjanji akan bangkit untuk kembali meraih lebih banyak gelaran Grand Slam selepas ini.

“Memang satu kejohanan yang menakjubkan bagi saya. Saya benar-benar gembira kerana masih mampu pergi sejauh ini. Biasalah kecewa itu memang ada tetapi saya tidak perlu kecewa tentangnya.

“Saya ada banyak benda untuk dipandang ke hadapan dan ini baharu permulaan bagi saya,” katanya yang sedang berusaha memburu kejuaraan Grand Slam ke-24 dalam kariernya dan kelapan di Wimbledon.

Bagaimanapun kekalahan itu menghalang hasrat untuk melakukannya lebih awal di sini. Ini merupakan kekalahan pertama Serena di final Wimbledon sejak 2008.

“Sebenarnya saya datang ke Wimbledon hanya untuk memenangi beberapa perlawanan sahaja. Tidak sangka saya masih mampu memberikan saingan dan melakukannya dengan baik,” tegasnya yang turut tidak menyangka dapat kembali beraksi dalam sukan tenis selepas melahirkan anak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN