MONTREAL 25 Julai – Bintang tenis Amerika Syarikat (AS), Serena Williams mendakwa, menjadi mangsa diskriminasi selepas diarah menjalani ujian doping lebih banyak daripada pemain lain. Pemilik 23 gelaran Grand Slam itu melepaskan rasa tidak puas hatinya dalam media sosial hari ini, biarpun menegaskan, dia tidak gentar diuji kerana tidak melakukan kesalahan. Menurut laman web Deadspin, Williams diuji lebih banyak daripada mana-mana pemain tahun ini, biarpun terlepas sebahagian besar musim kerana…