BERLIN 8 Julai – Agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex memberi amaran laluan Mediterranean barat dari Maghribi ke Sepanyol mungkin menjadi laluan utama berikutnya bagi pendatang yang ingin ke Eropah. Ketuanya, Fabrice Leggeri mengulas kepada akhbar Welt am Sonntag dengan berkata, jika anda bertanya kepada saya apa yang saya bimbang sekarang, saya akan mengatakan Sepanyol. Ini kerana, data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Pendatang Asing menunjukkan bahawa pendatang tiba…










