SUARA desiran ombak yang menghempas pantai jelas kedengaran membelah suasana pagi yang tenang dan hening. Angin yang datang dari arah laut bertiup perlahan dan nyaman. Pohon menghijau yang tumbuh di tepi pantai kelihatan seperti menari-nari apabila ditiup angin. “Assalamualaikum!” Adli memberi salam. “Waalaikumsalam!” jawab orang tua itu sambil mengangguk-anggukkan kepala dan memandang wajah Adli. “Maafkan saya kerana mengganggu ketenangan, pak cik,” katanya lagi. “Oh, tak mengapa!” geleng orang tua itu…









