Seorang peserta PD International triathlon lemas - Utusan Malaysia

Seorang peserta PD International triathlon lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang peserta Port Dickson International Triathlon lemas ketika menyertai acara tahunan itu di sini, pagi ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 8 pagi ketika mangsa, Tharm Wei Wong, 39, dan para peserta lain berenang dari garisan permulaan acara menuju ke pantai sejauh 750 meter.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, mangsa berasal dari Pulau Pinang.

“Anggota bomba yang bertugas cuba memberi bantuan pernafasan kepada mangsa tetapi gagal.

“Mangsa telah dihantar ke  Hospital Port Dickson untuk pemeriksaan lanjut dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Acara sukan lasak yang diadakan setiap tahun itu memerlukan peserta berenang, berbasikal dan berlari mengikut jarak ditetapkan penganjur. 

Sementara itu, Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis ketika ditemui berkata, seorang lagi peserta program tersebut dikhuatiri hilang ketika menyertai acara renang.

Menurut beliau, pihak penganjur memaklumkan pihak bomba seorang lagi peserta tidak melaporkan kepada urusetia program itu.

‘Kita telah gerakkan pasukan mencari dan menyelamat. Mangsa ialah warga Hong Kong bernama Yuen Chi Yuen berumur 42 tahun,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN