SEPANG 16 Julai – Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dengkil di sini maut selepas terjatuh dari tingkat empat bangunan bilik asrama.
![]() |
|
Abdul Aziz Ali
|
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, sebelum kejadian tersebut berlaku, mangsa yang berumur 18 tahun sedang bersembang dengan rakannya di balkoni bilik asrama tersebut.
“Siasatan awal mendapati mangsa bersama kawannya sedang bersembang di balkoni bilik asrama.
“Menurut percakapan rakannya itu mangsa sedang bercakap telefon sambil duduk di atas besi palang balkoni menghadap ke luar bangunan dan secara tiba-tiba mangsa telah tergelincir lalu jatuh ke bawah bangunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, pihaknya mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut dan kes sedang disiasat di bawah mati mengejut (SDR)
Dalam pada itu, katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.-UTUSAN ONLINE











