KUALA TERENGGANU 7 Julai – Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan hari ini kesal dengan peguam negara membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam perbicaraan di mahkamah, seolah-olah pencabulan terhadap kedaulatan bahasa rasmi negara. SYED ANUAR SYED MOHAMAD Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, justeru itu pihaknya mendesak semua hakim mempertimbangkan untuk menggunakan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam prosiding di mahkamah di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Beliau…










