Semua Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan - Utusan Malaysia

Semua Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan semua sembilan ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar telah meletakkan jawatan.

Semua Lembaga Pengarah Khazanah letak jawatan
 

Dalam kenyataan akhbar pagi ini, Khazanah berkata, langkah tersebut adalah bagi memudah cara peralihan yang lancar dan teratur oleh kerajaan baharu.

“Ahli Lembaga Pengarah ini berbesar hati telah diberi peluang untuk berkhidmat dan merasakan adalah lebih tepat untuk menawarkan kerajaan baharu hak untuk membentuk lembaga pengarah yang baharu.

“Kami akan mengeluarkan kenyataan lanjut selepas kami mendapat butiran mengenai pembentukan Lembaga Pengarah baharu,’’ kata Khazanah.

Penganalisis industri berpendapat perkembangan terbaharu pada Khazanah ini akan menyaksikan lebih ramai anggota pengurusan syarikat milik kerajaan di mana Khazanah memiliki kepentingan, akan mengikut jejak langkah lembaga pengarah tersebut.

Menurut laporan media, pada mesyuarat semalam, yang dipengerusikan pengerusi jawatankuasa eksekutif Khazanah, Tan Sri Mohammed Nor Md Yusof membuat keputusan sebulat suara bahawa kerajaan baru Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir yang memenangi pilihan raya umum 9 Mei lepas, harus dibenarkan untuk menentukan struktur kepimpinan baru dana kerajaan itu.

Keputusan menyerahkan surat tanpa tarikh bertujuan memberi Dr Mahathir kata putus untuk menentukan siapakah yang harus pergi atau kekal di Khazanah, kata pegawai yang rapat dengan perkembangan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN