Sempat laung `Allahuakhbar' sebelum maut - Utusan Malaysia

Sempat laung `Allahuakhbar’ sebelum maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH 14 Julai – Mangsa kemalangan ngeri, Noorakhirludin Alam Mohammad Noor, 48 sempat melaungkan ‘Allahuakhbar’ sebelum dirempuh oleh treler dalam kemalangan di Kilometer 445.9, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, berhampiran Rawang dekat sini hari ini.

Itulah yang diceritakan isteri mangsa, Maskiat Mat Saad, 41, kepada ahli keluarganya mengenai detik terakhir bersama arwah yang memandu Toyota Vellfire dan turut dinaiki anak bongsu mereka, Ezzudin, 10, yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Anak kedua mangsa, Ezzra, 15, berkata, kali terakhir dia bercakap dengan ayahnya adalah pada malam tadi.

“Ayah beritahu yang dia akan datang lagi ke Cyberjaya minggu depan untuk menghantar saya ke sekolah selepas saya bercuti hujung minggu depan.

“Sepatutnya mak dan ayah saya datang ke sini untuk menyaksikan persembahan koir saya pada hari esok,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Sementara itu, Ezzra yang bersekolah di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya memberitahu, adiknya mengalami kecederaan di kepala, rahang dan pendarahan yang teruk.

“Saya berharap rakyat Malaysia dapat mendoakan arwah ayah saya dan juga adik saya,” jelasnya.

Kemalangan kira-kira 12.15 tengah hari itu melibatkan tujuh kenderaan dan mengorbankan empat nyawa.

Turut maut ialah Nur Fitrah Rosman, 24; Mohamad Hafiz Shahrul Jefri Din, 24 dan Nurbaya Mohd. Zaki, 24. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN