Selesai isu pelajar tunggang motosikal tanpa lesen - Utusan Malaysia

Selesai isu pelajar tunggang motosikal tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

​​​​​​​MOTOSIKAL di perakui antara pengangkutan penting terutama di kawasan luar bandar.

Malah, dalam kalangan ibu bapa terpaksa memberikan kemudahan motosikal ini kepada anak-anak termasuk untuk mereka ke sekolah. Banyak sebabnya termasuk tiada pengangkutan di pedalaman. Sekurang-kurangnya anak-anak berkenaan rajin ke sekolah walaupun membahayakan diri mereka kerana menunggang tanpa lesen dan tanpa topi keledar.

Namun, jangan kita lupa ada juga kes di bandar di mana ibu bapa membenarkan anak ke sekolah dengan memandu kenderaan tanpa lesen yang sah.

Sebagai ibu bapa, kita perlulah sentiasa beringat bahawa ‘malang tidak berbau’.

Jika tidak berlaku sesuatu kejadian buruk, perkara ini tidak menjadi isu.

Tapi bila berlaku nahas melibatkan kematian, barulah perkara ini menjadi isu besar. Mulalah timbul persoalan kenapa pihak berkuasa tidak ambil tindakan.

Mengapa ibu bapa biarkan anak-anak menunggang motosikal tanpa lesen dan tanpa topi keledar? Apa pula peranan pihak sekolah? Mengapa pejabat pendidikan daerah tidak mengambil tindakan tegas? Dan bermacam-macam lagi persoalan yang timbul.

Memang sukar untuk atasi masalah ini dan mencari penyelesaiannya. Apa pun, bagi saya perkara ini perlulah ada titik nokhtahnya. Berbincang dan berilah kesedaran kerana cara itu lebih baik. Penguatkuasaan pun hanya bermusim.

PEMILIK LESEN MEMANDU SAH

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN