Selangor masih belum selamat - Utusan Malaysia

Selangor masih belum selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Julai – Nasib Selangor sama ada kekal dalam Liga Super atau tidak musim depan masih tergantung apabila mereka tewas 2-3 kepada Melaka United di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi.

Turun dengan misi meraih sekurang-kurangnya satu mata, Red Giants bermula garang apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-25 menerusi ledakan bintang Indonesia, Ilham Udin Armaiyn.

Meskipun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun mereka buntu untuk menjaringkan gol sekali gus kedudukan 1-0 kekal sehingga berakhir babak pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bersambung babak kedua, tuan rumah kembali mengatur gerakan serangan untuk mencari gol penyamaan dan usaha itu berjaya apabila Yahor Zubovich menjaringkan gol pada minit ke-50 namun Selangor kembali di depan apabila pemain gantian D. Kugan bijak memanfaatkan hantaran silang menarik Syahmi Safari pada minit ke-70.

Bagaimanapun, Zubovich sekali lagi menyamakan kedudukan untuk Melaka United selepas bijak menanduk masuk bola sepakan percuma Shahdan Sulaiman pada minit ke-83.

Perlawanan yang seakan berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 yang bakal memberi Selangor satu mata berharga untuk kekal di liga tidak kesampaian apabila Nicholas Swirad menjaringkan gol kemenangan untuk pasukan tuan rumah pada masa kecederaan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini