Selamat hari lahir Tun Mahathir yang ke-93! - Utusan Malaysia

Selamat hari lahir Tun Mahathir yang ke-93!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini dihujani ucapan selamat dan tahniah sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-93 tahun.

Selain pemimpin kerajaan, rakyat daripada pelbagai latar belakang menggunakan laman Facebook Dr. Mahathir untuk menyampaikan ucapan mereka.

Kebanyakkannya mendoakan kesejahteraan Dr. Mahathir dan berharap beliau sentiasa berada dalam keadaan yang sihat.

Sehingga pukul 11.30 pagi lebih 2,000 ucapan diterima, manakala Twitter Dr. Mahathir juga lebih 1,000 ucapan hari lahir diterima beliau.

Seorang pengguna Facebook, Norhani Mohd. Nor mengucapkan “selamat hari lahir Tun! Semoga dalam keadaan sihat selalu, panjang umur, dilindungi dan diberkati diberkati oleh-NYA”.

Turut memberikan ucapan kepada beliau adalah warga Singapura, Nadarajan Somasundram dengan ucapan “selamat hari lahir Dr. M, semoga tuhan merahmati Dr. M dengan kesihatan yang baik dan bantulah saudara saya di Malaysia”. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN