KUALA LUMPUR – Penyanyi Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 20, menafikan dakwaan bahawa dia menipu peminat gara-gara pernah mengeluarkan kenyataan menghidap kemurungan sekitar sebulan lalu. Haqiem berkata, salah faham terjadi apabila dia tersalah menggunakan perkataan bagi merujuk masalah yang dialaminya sebelum ini. “Sejujurnya, saya bukanlah orang pandai. Saya akui salah pilih perkataan untuk gambarkan masalah yang saya alami. “Mana mungkin saya mahu main-main dengan perkara yang saya…










