Saya menyesal berada 22 tahun di Arsenal - Wenger - Utusan Malaysia

Saya menyesal berada 22 tahun di Arsenal – Wenger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 18 Julai – Arsene Wenger akhirnya membuka mulut dengan berkata, berada selama 22 tahun di Arsenal merupakan satu kesilapan besar dalam kariernya sebagai pengurus pasukan.

Sambil mengakui menyesal kerana duduk sebegitu lama di kelab Liga Perdana Inggeris itu, pengendali berusia 68 tahun dari Perancis ini menyifatkan ia jelas tidak berbaloi berbanding pengorbanan yang dilakukannya.

“Saya telah mengorbankan semuanya untuk tugas itu. Jadi mungkin kekal selama 22 tahun di sebuah kelab yang sama merupakan satu kesilapan (dalam kariernya). Saya seorang yang suka benda baharu dan perubahan. Tetapi saya juga sukakan cabaran.

“Itu sebabnya saya menganggap diri saya seperti banduan yang dipenjarakan oleh cabaran sendiri setiap masa terutama keinginan untuk memastikan Arsenal berjaya sehingga terpaksa mengorbankan kehidupan peribadi saya sendiri,” tegasnya. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN