Saya akan beri 100 peratus - Torres - Utusan Malaysia

Saya akan beri 100 peratus – Torres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO 15 Julai – Bekas pemenang Piala Dunia Fernando Torres, yang menyertai kelab Jepun, Sagan Tosu hari ini berkata dia akan berusaha sebaik mungkin dalam usaha membantu pasukan itu mencipta kejayaan dalam Liga-J.

FERNANDO TORRES menunjukkan jersi baharunya dalam sidang akhbar memperkenalkan dirinya sebagai pemain Sagan Tosu di Tokyo hari ini.

Bekas pemain Liverpool, Chelsea dan Sepanyol berkenaan, yang meninggalkan Atletico Madrid musim panas ini selepas kembali kepada kelabnya sewaktu kecilnya itu pada 2015, akan memakai jersi bernombor sembilan untuk Sagan.

“Saya akan memberikan 100 peratus. Saya akan sentiasa bekerja keras.

“Saya mahu membantu pasukan saya menang, yang merupakan perkara paling penting,” kata Torres, 34, kepada wartawan.

Torres berkata banyak tawaran datang kepadanya tetapi memilih Sagan kerana kelab itu yang pertama benar-benar menunjukkan minat.

Keputusan Torres menyertai Sagan bermakna dia mengikuti jejak langkah seorang lagi bintang Sepanyol, Andres Iniesta yang menyertai Vissel Kobe sebelum Piala Dunia berlangsung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN