Sasaran 50 peratus undi kaum India - Utusan Malaysia

Sasaran 50 peratus undi kaum India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 29 Julai – Barisan Nasional (BN) menyasarkan sebanyak 50 peratus undi kaum India dapat diraih dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Sasaran 50 peratus undi kaum India
Lokman Noor Adam

Calon BN, Datuk Lokman Noor Adam berkata, sasaran tersebut mampu dicapai dengan bantuan MIC bagi memastikan kemenangan di kawasan berkenaan.

Katanya, selain itu beliau juga berharap ahli UMNO yang protes dan tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu ‘berpatah balik’ dan menyokong UMNO.

“Pemimpin Pas juga telah mengajak ahlinya supaya memberi sokongan kepada BN.

“Malah dengan bantuan MIC juga kita dapat berjumpa dengan keluarga India dan berjumpa serta berbincang dengan mereka. Sebab itu saya letakkan sasaran tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita semasa mengadakan majlis walkabout di Kampung Mohan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN