Sarawak rai delegasi SKAW - Utusan Malaysia

Sarawak rai delegasi SKAW

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 15 Julai – Kerajaan Negeri Sarawak meraikan para delegasi yang menghadiri Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Tentera Darat Malaysia (TDM) Siri 30/2018 dalam satu majlis santapan malam yang diadakan di Hotel Pullman Miri, Sarawak malam semalam.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Komander Rejimen 504 AW dan Tengku Sri Temenggong Terengganu Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah merangkap Komander Rejimen 512 AW berkenan berangkat ke majlis tersebut.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sarawak Datuk Lee Kim Shin dan Residen Bahagian Miri Sherrina Bt Hussai.

Persidangan tahunan tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat Malaysia Leftenan Jeneral Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Hasbullah bin Haji Mohd Nawawi. Ia dianjurkan oleh Bahagian Pasukan Simpanan Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) dari 13 hingga 15hb Julai 2018 di Miri pada kali ini.

Di majlis tersebut para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian oleh Sri Budaya Bintulu dan juga Kombo D’ASWA. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN