Sarawak perlukan empat kali ganda peruntukan untuk pembangunan infrastruktur - Utusan Malaysia

Sarawak perlukan empat kali ganda peruntukan untuk pembangunan infrastruktur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya empat kali ganda jumlah peruntukan semasa untuk membangunkan infrastruktur yang lebih baik di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, peruntukan besar itu diperlukan terutamanya membabitkan infrastruktur di luar bandar Sarawak.

Menurutnya, Sarawak bertegas mahukan hak ke atas minyak dan gas yang dilombong di perairan negeri ini supaya memperoleh lebih banyak pendapatan untuk pembangunan.

“Rizab kewangan semasa yang kukuh adalah sebahagian daripada pengumpulan hasil industri minyak dan gas di perairan Sarawak.

“Kami menjangkakan akan mendapat lebih banyak daripada gas kami kerana sekarang kami mempunyai 10 peratus kepentingan dalam LNG Train 9 dan 25 peratus dalam LNG 3,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Sarawak di Dataran Perayaan di sini hari ini.

Menurutnya, wang itu nanti akan diberikan kepada rakyat apabila kita membangunkan bekalan air luar bandar, membina lebih banyak jambatan dan jalan.

Katanya, ini sebagai cara berkesan untuk tidak bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan yang perlu menjaga seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN