Sanchez tidak dapat sertai United ke AS kerana isu peribadi - Utusan Malaysia

Sanchez tidak dapat sertai United ke AS kerana isu peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Julai – Alexis Sanchez tidak terbang bersama rakan sepasukannya di Manchester United untuk menyertai jelajah pra-musim di Amerika Syarikat (AS) disebabkan isu peribadi, kata kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Penyerang antarabangsa Chile itu tidak berada di dalam kapal terbang bersama rakan sepasukannya, semalam, dan ia telah mencetuskan spekulasi bahawa pemain tersebut berdepan masalah visa selepas dia menerima hukuman penangguhan selama 16 bulan berhubung isu cukai.

Jurucakap kelab kemudian mengesahkan ketiadaan Sanchez disebabkan isu pentadbiran peribadi yang mana mereka berharap ia dapat diselesaikan segera bagi membolehkan pemain tersebut menyertai pasukan di AS.

United terbang ke Los Angeles, semalam, dan akan beraksi dalam lima pertemuan, termasuk tiga perlawanan Piala Juara-Juara Antarabangsa menentang Real Madrid, AC Milan dan Liverpool.

Sanchez tiba di Old Trafford, Januari lalu yang menyaksikan pertukaran pemain dengan Henrikh Mkhitaryan berpindah ke Arsenal, tetapi penyerang itu hanya meledakkan tiga gol pada 18 penampilannya dalam semua pertandingan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN