Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 bersejarah - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan ke-61 bersejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Sambutan Hari Kebangsaan 2018 adalah penuh bersejarah kerana pertama kali diraikan di bawah tampuk kepimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Bertemakan ‘Sayangi Malaysiaku’, Putrajaya dipilih sebagai lokasi sambutan pada 31 Ogos nanti bagi meraikan kerajaan baharu pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, katanya.

“Kerajaan pilihan rakyat ini akan memastikan kegemilangan baharu akan dilakar dan dikecapi oleh semua rakyat dari sekarang dan seterusnya pada masa hadapan,” katanya pada sidang akhbar sempena Hari Kebangsaan 2018, di sini hari ini serta turut memperkenalkan logo Hari Kebangsaan 2018 dan lagu tema ‘Kita Punya Malaysia’.

Beliau berkata, sambutan akan bermula di Padang Kota Lama, Pulau Pinang dengan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2018 yang akan disempurnakan Perdana Menteri pada 4 Ogos.

“Pulau Pinang dipilih kerana kita mahu kempen jelajah kibar jalur gemilang bermula di utara (Semenanjung Malaysia) ke Putrajaya dan seterusnya berakhir di Sabah untuk sambutan Hari Malaysia 2018,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN