Saksi kemalangan empat maut diminta tampil bantu siasatan - Utusan Malaysia

Saksi kemalangan empat maut diminta tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK – Polis meminta saksi kemalangan maut melibatkan sebuah treler dan kereta Proton Saga di Kilometer 59 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli untuk tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa dalam satu kenyataan berkata, saksi perlu segera tampil di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik atau menghubungi  Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nasapira Mat Kar.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang Ahad lepas itu, tiga sekeluarga antara empat yang maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah kereta dan lori dengan muatan balak.

Mereka ialah pemandu kereta jenis Proton Saga BLM, Mohd. Nizam Suhaidin, 34; isterinya, Nurhafizah Ismail, 34, dan seorang anak mereka, Mohd. Afiq, 6, serta pemandu lori, Redzuan Abd. Ghani, 59. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN