Saiz stesen, kapasiti tren LRT3 dikurangkan ikut keperluan - Utusan Malaysia

Saiz stesen, kapasiti tren LRT3 dikurangkan ikut keperluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Saiz stesen dan kapasiti kereta api Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dikurangkan dan diselaraskan kerana pengurusan Prasarana Malaysia sebelum ini telah mengarahkan spesifikasi yang melebihi keperluan sistem LRT3 yang diperlukan dan unjuran penumpang, kata Kementerian Pengangkutan.

Dalam kenyataan hari ini, kementerian itu berkata, spesifikasi yang telah disemak semula mendapati bahawa 22 set tren 3-kereta adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung permintaan penumpang pada waktu ini.

Menurut kementerian, stesen LRT perlu direka bentuk untuk menampung permintaan sebenar penumpang dan bukannya bagi memenuhi tuntutan yang tidak realistik yang mengakibatkan peningkatan kos yang mendadak.

“Semasa waktu puncak, bilangan maksimum penumpang yang diunjurkan bagi satu arah setiap jam (pphpd) adalah 6,185 untuk tahun 2034. Jumlah ini mampu ditampung oleh 22 set tren 3-kereta yang dapat membawa 6,210 penumpang satu arah setiap jam.

Kementerian memaklumkan bahawa jumlah 22 set tren tersebut termasuk peruntukan bagi dua set tren di bawah penyenggaraan dan satu set tren untuk tujuan bersiap sedia menepati piawaian antarabangsa. – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN