Saintis temui
labah-labah menari - Utusan Malaysia

Saintis temui
labah-labah menari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERTH – Seorang ahli biologi buta warna tidak menyedari telah menemui spesies labah-labah baharu yang mampu menari selepas memuat naik beberapa gambar serangga luar biasa itu di laman web baru-baru ini.

Dr. Jurgen Otto tidak sedar mengenai warna terang labah-labah merak atau nama saintifiknya, Martaus Unicup itu sehingga pembaca di laman web, peacockspider.org menyifatkan ia seolah-olah sedang menari.

Otto pada mulanya menyangka penemuannya itu kelihatan sama seperti spesies labah-labah Maratus tortus atau dikenali sebagai Hokey Pokey yang pernah ditemui sebelum ini.

“Malangnya, saya yang mempunyai masalah buta warna gagal melihat kesemua warna labah-labah itu dan selepas menerima pelbagai komen daripada pembaca, saya baru menyedari kebanyakan gambar yang dimuat naik itu menunjukkan ia seolah-olah menari.

“Komen-komen mereka nyata berasas apabila sekeping gambar memaparkan ia mengangkat kakinya ke atas dan turut melenggokkan badannya. Ia sama sekali menunjukkan ia seolah-olah sedang menari,” katanya.

Spesies labah-labah itu dikesan oleh Otto ketika dia memburu spesies labah-labah lain sebelum secara kebetulan, dia menemui labah-labah pelbagai warna ini di Tasik Unicup dekat sini pada Oktober tahun lalu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×