SYDNEY 10 Julai – Sepasukan penyelidik menemukan warna biologi tertua di dunia di gurun Sahara, dalam satu penemuan yang mereka sifatkan boleh membantu menjelaskan mengapa bentuk kehidupan yang rumit baru muncul di muka Bumi.
Pigmen berwarna merah jampu tersebut dihasilkan oleh organisma mikroskopik dikenali sebagai cyanobacteria sejak lebih 1.1 bilion tahun lalu dan kira-kira 500 juta tahun lebih tua daripada penemuan pigmen warna sebelumnya.
Malahan, ia menjadikan sampel berkenaan berusia kira-kira 15 kali lebih tua daripada spesis dinasour, Tyrannosaurus Rex. – AFP










