Sabah tubuh jawatankuasa merangsang sektor minyak dan gas - Utusan Malaysia

Sabah tubuh jawatankuasa merangsang sektor minyak dan gas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri Sabah menubuhkan jawatan kuasa bagi merangsang sektor minyak dan gas di negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang juga Menteri Perdagangan dan Industri Negeri berkata, jawatan kuasa yang diketuai Sabah Oil and Gas Development Sdn. Bhd. (SOGDC) itu akan mengenal pasti peluang kerjasama bagi mengangkat sektor tersebut ke tahap yang lebih tinggi.

“Sektor minyak, gas dan tenaga menjadi antara penyumbang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Sabah dengan industri tersebut merekodkan sumbangan lebih 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Bagaimanapun, Sabah perlu merancang strategi lengkap untuk berdepan cabaran masa depan dalam mengekalkan pengeluaran minyak dan gas mengembangkan nilai pengeluaran serta perkhidmatan hiliran dan mempelbagaikan tenaga lestari,” katanya semasa merasmikan Forum Penglibatan dan Perbualan Industri Strategik Sabah-Petronas di sini hari ini.

Tangau berkata, negeri itu perlu lebih agresif dalam membangunkan aktiviti hiliran yang mampu menghasilkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyatnya. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN