Rumah teres dua tingkat terbakar 50 peratus - Utusan Malaysia

Rumah teres dua tingkat terbakar 50 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH – Sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Matang Jaya di sini hangus sebanyak 50 peratus apabila terbakar dalam satu kejadian lewat malam semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, penghuni, M. Kalli, 26, sempat menyelamatkan diri sebelum api mula merebak.

“Bomba menerima panggilan kecemasa tentang kejadian tersebut pada pukul 10.35 malam.

“Sebanyak 10 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Rizal berkata, sebaik sampai di lokasi pihaknya mendapati api sedang marak di tingkat atas rumah tersebut.

“Bomba mengambil masa kira-kira 30  minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Kebakaran itu menyebabkan rumah itu musnah sebanyak 50 peratus namun penghuninya tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Anggaran kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN