JOHOR BAHRU 3 Julai – Sudah menjadi kelaziman masyarakat Islam di negara ini menganjurkan rumah terbuka setiap kali tibanya bulan Syawal bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sejak Hari Raya Aidilfitri pertama hingga masuk ke minggu terakhir, bulan mulia itu berderet-deret jemputan diterima untuk berkunjung ke rumah menjamukan sanak-saudara serta sahabat handai dengan pelbagai juadah lazat. Jemputan rumah terbuka ini dilihat dapat memeriahkan lagi tradisi masyarakat Melayu saling mengunjungi dan…










