TEMERLOH 10 Julai – Sungai Pahang di daerah ini yang terkenal dengan ternakan ikan patin bakal berubah wajah dengan kewujudan rumah-rumah rakit yang menjadi tumpuan pengunjung pada masa ini. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa rumah rakit yang lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk pendingin hawa seperti Rumah Rakit Temerloh sentiasa mendapat kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara. Pemilik Rumah Rakit Temerloh, Salleh Saharom berkata, potensi besar rumah rakit di sungai…










