RTM siar pertarungan Manny Pacquiao esok - Utusan Malaysia

RTM siar pertarungan Manny Pacquiao esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Julai- Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekali lagi mengukir sejarah apabila menyiarkan secara langsung perlawanan antara juara tinju dunia lapan kali, Manny Pacquiao dan juara dunia, Lucas Matthysee esok.


Kementerian Komunikasi dan Multimedia dalam kenyataanya berkata, orang ramai boleh mengikuti siaran langsung bersama pengacara, Azlan Mubin dan pengulas, Rasdi Jumaat di TV1 pada pukul 8 pagi.


“Selepas empat dekad, peminat sukan tinju berpeluang menyaksikan perlawanan Fight of Champions yang bakal menjadi pertarungan tinju terhebat selepas pertembungan antara Muhammad Ali dan Joe Bugner pada 1975.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Pertarungan di Axiata Arena, Bukit Jalil disiarkan secara langsung buat julung kalinya oleh RTM, siaran ini juga boleh diikuti menerusi myFreeview di saluran 111 RTM HD,” kata kementerian itu dalam kenyataannya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×