Ronaldo tidak berminat akhiri karier di China, Qatar - Utusan Malaysia

Ronaldo tidak berminat akhiri karier di China, Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 17 Julai – Cristiano Ronaldo berkata, dia berbeza dengan pemain lain seusianya yang memilih untuk berpindah ke China atau Qatar bagi mendapatkan perjanjian mewah, sewaktu majlis pengenalannya sebagai pemain Juventus, semalam.

Pemenang lima anugerah Ballon d’Or itu seperti biasa mempamerkan keyakinan dirinya pada sidang akhbar di Turin yang dihadiri media dari seluruh dunia, selepas pengumuman minggu lepas berhubung perpindahannya yang membabitkan yuran perpindahan sebanyak 100 juta euro (RM472 juta) dari juara Eropah, Real Madrid.

“Saya berbeza berbanding pemain lain yang memikirkan karier mereka telahpun berakhir apabila mereka seusia saya. Saya mahu menunjukkan bahawa saya bukan seperti pemain lain.

“Pemain seusia saya akan pergi ke China atau Qatar, jadi dapat menyertai sebuah kelab besar pada peringkat ini dalam karier saya telah membuatkan saya sangat gembira,” kata kapten Portugal berusia 33 tahun itu.

Juventus menandatangi penyerang bintang itu selama empat tahun yang dilaporkan bakal menerima gaji sebanyak 30 juta euro (RM141 juta) setahun, dengan harapan dia dapat membantu kelab itu merangkul gelaran Liga Juara-Juara.

Membuat persediaan bagi memburu trofi kelapan Serie A dan memenangi gelaran domestik berganda sebanyak empat kali berturut-turut, Old Lady bagaimanapun bergelut untuk mendominasi saingan di pentas Eropah.

“Kami bukan hanya berjuang untuk Liga Juara-Juara, tetapi di dalam Serie A dan trofi lain juga. Saya perlu bekerja keras kerana Liga Juara-Juara bukan mudah dimenangi. Saya berharap saya dapat membantu,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN