Ronaldo tentukan nasib Juventus - Utusan Malaysia

Ronaldo tentukan nasib Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Legenda Juventus, Andrea Pirlo mengakui kehadiran Cristiano Ronaldo di Juventus dapat membantu The Bianconeri menamatkan penantian mereka memenangi Liga Juara-Juara.

Juventus tidak pernah menjadi juara Eropah sejak kejayaan terakhir mereka menewaskan Ajax pada tahun 1996 yang mana ketika itu pasukan bimbingan Marcello Lippi diheret ke penentuan sepakan penalti.

Mereka berjaya membuat dua penampilan di pentas final selepas itu tetapi ditewaskan oleh Borussia Dortmund dan Real Madrid sebelum sekali lagi mencuba meraih gelaran tersebut pada 2003 tetapi tewas kepada AC Milan menerusi penentuan sepakan penalti.

Skrip sama kembali berulang apabila mereka tewas kepada Barcelona (2015) dan Real (2017) tetapi Pirlo percaya ketibaan Ronaldo yang telah memenangi lima gelaran Liga Juara-Juara secara peribadi mampu mengubah nasib Juventus.

“Ronaldo mampu membawa satu perubahan yang diperlukan oleh Juventus.

“Saya sangat gembira apabila seorang yang memiliki watak juara menyertai Juventus. Membeli seorang pemain sepe­r­tinya tidak bermakna kamu akan terus menjuarai gelaran Eropah tetapi kamu semakin hampir untuk melakukannya.

“Ronaldo adalah seorang pemain yang mampu memberi keseimbangan dan membantu Juventus memenangi Liga Juara-Juara.

“Dia adalah pemain berkelas dunia, dia akan melakukan perbezaan dan kita bakal melihat sesuatu yang indah akan berlaku nanti,” katanya. ­­­­– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN