LONDON – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo dilaporkan sah menyertai Juventus musim depan selepas Real Madrid bersetuju melepaskannya dari kelab gergasi Sepanyol itu. Real dikatakan bersedia menerima harga perpindahan £88 juta (RM468.9 juta) daripada Juventus ke atas Ronaldo. Ronaldo dikatakan bersetuju dengan tawaran itu setelah berbincang dengan Presiden Juventus, Andrea Agnelli hari ini di sebuah hotel di Greece. Pertemuan itu diadakan ketika pemain berusia 33 tahun tersebut sedang bercuti di Greece…










