Ronaldo ‘rampasan terbesar’ Juventus - Utusan Malaysia

Ronaldo ‘rampasan terbesar’ Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN 19 Julai – Miralem Pjanic menyifatkan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus sebagai ‘rampasan terbesar’ tetapi pada masa sama enggan mengulas mengenai masa depannya bersama juara Itali itu selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea.

Juara Ballon d’Or lima kali itu meninggalkan juara Eropah, Real Madrid untuk menyertai Juventus dengan nilai perpindahan sebanyak 112 juta euro (RM529.63 juta).

Pemain berusia 33 tahun yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman Madrid menandatangani kontrak selama empat tahun bersama gergasi Serie A itu.

“Ini merupakan ‘rampasan terbesar’, seorang pemain yang hebat,” kata Pjanic ketika ditanya mengenai Ronaldo.

Bagaimanapun, masa depan Pjanic di Turin masih menjadi tanda tanya selepas pengendali baharu Chelsea, Maurizio Sarri dilaporkan cuba memancing bintang Bosnia itu ke Stamford Bridge.

Berdasarkan spekulasi semasa, Chelsea sedang mempertimbangkan peluang untuk mendapatkan Daniel Rugani dan Gonzalo Higuain daripada Juventus.

Pjanic yang tiba dari Roma pada 2016 menjadi antara sasaran utama Chelsea selepas Sarri mencari seorang lagi pemain tengah untuk memperkuatkan jentera tengah skuad London itu.

Sehingga hari ini, Juventus sudah mendapatkan khidmat Ro­naldo, Joao Cancelo, Emre Can dan Mattia Perin, manakala bintang Manchester United, Paul Pogba dikatakan berminat untuk kembali ke kelab itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN