ROM 19 Julai – Pemergian Alisson adalah kehilangan besar buat Roma, namun kelab Serie A itu mampu meneruskan cabaran sama seperti ketika mereka kehilangan pemain berprofil tinggi, Mohamed Salah dan Radja Nainggolan, kata Diego Perotti. Penjaga gawang Brazil itu dilaporkan tiba di England hari ini bagi menjalani ujian kesihatan untuk menyertai Liverpool dengan rekod perpindahan dunia sebanyak 67 juta pound (RM355.5 juta). Alisson yang dijangka menandatangani kontrak enam tahun bersama…










