Rokok, arak lebih RM300,000 dirampas - Utusan Malaysia

Rokok, arak lebih RM300,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 6 Julai – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 berjaya menumpaskan sindiket menyeludup minuman keras dan rokok dipercayai lari cukai yang bernilai mencecah RM334,880 di Parit Bakar, di sini semalam.

Dalam serbuan bermula kira-kira pukul 1 pagi di dua buah rumah itu, sepasukan pegawai dan anggota PPM terpaksa memecah masuk setelah kedua-dua kediaman itu dipercayai tidak berpenghuni.

Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, antara barangan yang dirampas termasuk 24,500 paket rokok berjenama John yang bernilai RM246,960.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut merampas 2,592 botol dan 4,848 tin minuman keras berjumlah RM87,920 serta sebuah lori berharga RM50,000 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM384,880.

“Bagaimanapun tiada tangkapan suspek dilakukan kerana ketika serbuan yang berakhir pada pukul 5 pagi tiada kelibat individu di dalam kedua-dua rumah berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pegawai Pemerintah PPM Wilayah 2 Muar, Deputi Superintenden Nordin Osman.

Paul Khiu memaklumkan, pihaknya masih menyiasat dari mana kesemua barangan itu diseludup masuk dan kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana menyimpan barang yang dilarang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN