Riza selesai beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Riza selesai beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggalkan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini pada pukul 7.35 malam setelah selesai memberi keterangan berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) selama empat hari berturut-turut.

Riza, 48, hari ini memberi keterangan di SPRM selama lapan jam.

Beliau tiba di ibu pejabat SPRM pada 9.50 pagi sebelum dilihat keluar pada 1.10 tengah hari dan kembali memasuki bangunan berkenaan pada 2.30 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Riza meninggalkan bangunan SPRM tanpa melayan cubaan pihak media yang menunggunya untuk mendapatkan komen dengan mengerumuni kenderaan Audi berwarna hitam yang dinaikinya ketika kereta itu berhenti di lampu isyarat yang ketika itu lampu merah.

Hari ini merupakan hari keempat bagi Riza yang  juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat diambil keterangan berhubung perkara yang sama bermula pada Selasa. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN