Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia berikutan ramai pelabur beralih minat kepada aset serantau, kata peniaga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pukul 9.45 pagi, ringgit berada pada paras 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0380/0410 pada Jumaat.

Peniaga berkata, terdapat aktiviti pengambilan untung dalam mata wang Amerika Syarikat itu dari minggu lepas yang memberi sokongan kepada ringgit.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9578/9632 daripada 2.9624/9650 dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6397/6446 daripada 3.6487/6524 pada Jumaat.

Ringgit bagaimanapun, susut berbanding pound British kepada 5.3230/3312 daripada 5.3092/3147 dan merosot berbanding euro kepada 4.7076/7139 daripada 4.7043/7082. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN